Ghazal Untuk Rabiah - Fathil Hidayat's Page
GHAZAL UNTUK RABIAH



Filem Sensasi Terbitan SV PRODUCTION Pada Tahun 1997
SINOPSIS

Rabiah (Wilma Muhammad) adalah seorang gadis kampung yang cantik dan jelita. Namun kehidupannya sentiasa dalam kesedihan dan perit lantaran bapanya cacat dan tidak berdaya untuk bergerak lagi, manakala ibu tirinya pula selalu sahaja mendera Rabiah dengan kerja-kerja berat. Apakan daya, Rabiah terpaksa akur dengan nasib dirinya.Bapanya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, sehinggalah suatu hari datang seorang anak saudaranya (Usu) meminta kebenaran untuk membawa Rabiah mencuba nasib di kotaraya Kuala Lumpur. Menyedari itulah satu-satunya cara untuk membebaskan anaknya dari penderitaan, dia membenarkan Rabiah mengikut Pak Usunya tanpa memikirkan baik buruknya ekoran terlalu mempercayai anak saudaranya itu (Usu).Di kotaraya Kuala Lumpur, Rabiah sekali lagi ditimpa nasib malang apabila Pak Usunya hilang pertimbangan lalu cuba memperkosanya. Rabiah melarikan diri dan sewaktu melintas sebatang jalan, dia dilanggar kereta yang dipandu oleh Eddie (Ridzuan Hashim). Rabiah di bawa ke hospital. Setelah pulih dari kecederaan, Rabiah dijaga oleh Eddie. Dia diberikan segala macam kemewahan termasuklah sebuah butik dan sebuah apartmen mewah.Sungguhpun begitu, Rabiah menghadapi konflik apabila muncul Jamal (Jamal Abdillah) yang jatuh hati padanya bila kali pertama melihat Rabiah.Hatinya terdetik untuk mendekati Jamal, tapi Eddie menjadi penghalang, apatah lagi Eddie merupakan ketua samseng.Setelah memilih Jamal, timbul pula konflik darjat.Bapa Jamal tidak menyukai Rabiah dan menentang keras niat Jamal untuk memperisterikan Rabiah. Bagaimanakah nasib Rabiah? Antara Eddie dan Jamal,siapakah yang dipilihnya? Bagaimana dengan bapa Jamal, apakah dia sanggup menerima Rabiah sebagai menantu?Ikutilah sambungannya dengan menonton sendiri filem 'Ghazal Untuk Rabiah', pasti anda akan berpuas hati dengan jalan cerita, mutu lakonan serta pembikinan filem itu keseluruhannya. Jika anda terlepas untuk menontonnya di panggung, kini anda mampu mendapatkannya dalam bentuk pita video di pasaran!

Dibintangi :
JAMAL ABDILLAH (Jamal & Salman - Bapa Jamal)
WILMA MUHAMMAD (Rabiah)

Dibantu :
RIDZUAN HASHIM (Eddie)
RAJA AZURA (Sheila)
OS (Os)
ACCAPAN (Accapan)

Arahan :
V. N. RAJ

powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web