Make your own free website on Tripod.com

Gemar Bersendirian
SENDIRI

"Sejak kecil,aku selalu bersendirian...Mungkin kerana aku anak yang bongsu dalam bilangan adik-beradik yang kecil,aku kerapkali bermain seorang diri. Bagiku,aku tidak pernah kenal rasa bosan melalui hari-hariku berseorangan kerana itulah keadaan yang aku tempuh sedari kecil.Hanya ibuku yang memberi sepenuh perhatian & kasih sayangnya padaku.Segala kemahuanku diturutkannya. Tak dapat dinafikan,aku terlalu manja dengan ibuku hingga ke saat ini... Kakak-kakakku sibuk dengan pelajaran mereka kerana itulah tanggungjawab mereka ketika itu.Jarak umur yang terlalu jauh antara aku & kakak-kakakku juga menyebabkan aku tidak dapat mengikuti aktiviti seharian mereka.Ayahku sememangnya sibuk dengan pekerjaannya.Aku tidak dapat menyalahkan keadaan malah aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada diriku. Aku miliki sebuah keluarga yang harmoni & berpegang teguh pada ajaran agama. Bersendirian itulah yang mengajarku erti hidup berdikari sekarang... Bersendirianlah yang mengajarku erti kesabaran dalam hidupku... Dan bersendirian jugalah yang banyak memberi ruang padaku untuk merenung jalan hidupku & memikirkan kebesaran Allah S.W.T... Oleh kerana itu,aku tidak pernah menghiraukan tanggapan orang lain yang pelbagai terhadap sikapku...Aku tidak pernah sombong atau merasa diriku yang terbaik!!!Malah aku memerlukan teman-teman yang dapat berkongsi perasaan & pengalaman mereka denganku...Itulah yang aku cari-cari hingga kini!!!"


Alam Persekolahanku
DARI KAKI TANGGA KE MENARA

"Ketika di alam persekolahan,aku seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai bentuk pertandingan yang melibatkan 'public speaking'.Puisi,syair,bercerita,syarahan agama... Di situlah minatku tertumpah!!!Banyak masaku dikorbankan untuk aktiviti-aktiviti tersebut.Guru-guruku banyak membantuku.Namun,ibu & ayahkulah yang banyak memberi perangsang pada diriku untuk berjaya dalam aktiviti-aktiviti seperti itu selain berjaya dalam akademik.Masih segar dalam ingatanku,ketika pertama kali aku naik ke pentas & mendeklamasi puisi di khalayak ramai...Semua orang mentertawakanku hingga membuatku menangis!Ibu & ayahku terus memberi semangat padaku untuk tidak menghiraukan semua itu & menganggapnya sebagai satu cabaran!!!Berkat usaha & kesabaranku,banyak kejayaan yang aku kecapi di alam persekolahan.Bagiku,manusia akan cemburu apabila kita berjaya & menghina kita apabila kita gagal dalam hidup...Itulah adat manusia yang tidak pernah berubah!!! Oleh itu,kuatkan semangat,usaha & yakin pada diri selain berserah pada Yang Maha Kuasa, PASTI KEJAYAAN MENJADI MILIK KITA!!!"


Minat Pada Nyanyian
DENDANGAN LAGUKU

"1986 adalah tahun di mana kali pertama aku menyanyi di khalayak ramai pada majlis penyampaian sijil Taska Masjid Zahir,Alor Setar yang turut disaksikan D.Y.T.M. Raja Muda Kedah D.A.Itulah antara saat yang paling manis dalam hidupku.Sebenarnya,minatku pada nyanyian mula tumbuh ketika aku berusia 4 tahun lagi.Ketika itu kakakku membeli album Jamal Abdillah.Kemerduan lagu 'Sendiri'& 'Kau Lupa Janji' menyebabkan aku mampu menghafal sebahagian daripada liriknya ketika itu.Namun,ia tak terhenti di situ sahaja...Lagu beliau,'Cinta Yang Terbiar' telah memberikan aku gelaran 'Juara Pertandingan Suara Emas 1996' di Alor Setar...Suatu nostalgia indah bagiku!"


Klik Untuk Ke Laman PENGALAMANKU DI LUAR NEGARA
BACK TO MAIN PAGE