Tajuk Album: DERITA CINTA (1981)

  1. Kembalilah
  2. Hilanglah Rinduku
  3. Menanti Kasih
  4. Derita Cinta
  5. Kereta Baru
  6. Tidurlah Permaisuri
  7. Kerlingan
  8. Bahtera Laju
  9. Sekuntum Bunga Di Taman Hati
  10. Mesra




1. KEMBALILAH

Kembalilah wahai sayang
Padaku yang kesepian
Bawakanlah ku penawar
Rindu...

Tiada kata tiada pesan
Dikau pergi meninggalkan
Ku kembara mencarimu
Kasih...

Usah kau turutkan
Resah di hatimu
Usah kau kenangkan
Kisah lalu...

Derita kesedihan
Telah ku lupakan
Hulurkan tanganmu
Wahai sayang...

Akan ku dirikan
Mahligai impian
Dikaulah dewiku
Pujaanku...

Kembalilah wahai sayang
Ku rindukan kemesraan

Sinarilah cinta suci
Kasih...

(Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

2. HILANGLAH RINDUKU

Rindu hati rindu
Rindu kepadamu
Resah jiwaku resah
Bagai angin senja

Sepi dunia sepi
Tanpa kau di sisi
Mawar pujaan hati
Ingin ku miliki

Kasih telah bersemi
Harum di sudut hati
Sayang hati resah bimbang
Usah kau biarkan aku rindu

Rindu hati rindu
Dikau impianku
Datang datanglah padaku
Hilanglah rinduku

(Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

3. MENANTI KASIH

Kasih usah kau menggoda
Usah kau hampakan cintaku
Setia selalu padaku
Oh padaku

Kasih berikan jawapan
Berikan kepastianmu
Katakan cintamu
Padaku padaku

Hanya dikau saja..saja..uuuhhh..

Kasih jangan kau berpura
Menggoda hatiku
Resah menanti jawapan
Darimu darimu

Kasih telah ku berikan
Cintaku yang satu
Untukmu hanyalah kasih
Dariku oh dariku

Hanya dikau saja..saja..uuuhhh..

(J.B. Jefferson/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

4. DERITA CINTA

Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasih

Kiranya panas yang kau harapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercinta

Dulu aku pernah menderita
Bila hati ku kau lukakan
Oh...Kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau puja

Padaku usah kau merayu lagi
Hatiku telah dimiliki
Cukuplah yang ku rasa duka
Derita cinta

(Ismail Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

5. KERETA BARU

Dulu ku berangan ingin punya kereta baru
Kini bagai mimpi ku mendapat impianku
Potongan menarik
Warnanya yang cantik
Ku cuci ku jaga selalu

Dialah temanku kan ku bawa bersamaku
Tapi ku berjanji tak memandu laju-laju
Bunyinya yang hebat
Si gadis terpikat
Itulah yang paling ku minat

Bila ku memandu berkeliling kotaraya
Ramai yang menjeling dan melambai-lambai mesra
Hatiku berbangga keretaku bergaya
Berlagak macam orang kaya

Bila kau meragam ku tak tidur hati geram
Ingin cari duit tak mahu jadi penyakit
Ke sana ke mari mencari rezeki
Akhirnya ku penat sendiri

(Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

6. TIDURLAH PERMAISURI

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah pejam mata ahai tidur nyawa

Ku dendangkan
Ku nyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua (2X)

Ku berjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

(Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)

BACK TO TOP

7. KERLINGAN

Kerling matamu
Bagai menawan hati
Senyum simpulmu
Sungguh manis sekali

Wajahmu cantik
Bagai bunga berseri
Kembang mengharum
Di dalam taman hati

Sinar matamu
Bagai bintang cahaya
Cahaya menyinar
Terus ke dalam dada

Sudah tentulah
Kalau hati tergoda
Kerling matamu
Menawan jiwa

Ingin ku dekat
Ingin hati memikat
Tapi sayangnya
Sudah terikat
Gema hasratku
Ingin dikau ku puja
Tapi sayangnya
Ada yang punya

Sayang oh sayang
Juwita yang ku puja
Kembang di taman
Sungguh cantik jelita

Ingin ku petik
Tapi tidak berdaya
Tinggallah daku
Terus merana

(Ahmad Nawab/Wan Ahmad Kamal)

BACK TO TOP

8. BAHTERA LAJU

Melaju bahtera laju
Bersama angin utara
Menuju Pulau Pulai
Di timur nun jauh di sana

Lihatlah cahaya air
Cemerlang di sinar suria
Terik tak ku hiraukan
Asal sampai ke pantai bahagia

Hatiku gembira
Melihat bunga nan indah
Tersebar di taman firdausi
Juwita wangi memujuk jiwa

Tak jemu mata memandang
Tak sedar hasrat mendatang
Kan ku petik sekuntum
Namun mambang datang melarang

(S. Affendi)

BACK TO TOP

9. SEKUNTUM BUNGA DI TAMAN HATI

Sekuntum bunga yang mekar di taman hati
Mengharum di sanubari
Ku puja dan ku rindu selalu
Menyeri tangkai madu

Warnamu berkilauan bak mutiara
Memancar cahaya indah
Betapa jiwa yang dahaga
Mengharap kasih mesra

Ku siram dengan kasih dan harapan
Bunga suci
Tak rela dikau gugur layu
Melukakan hatiku

Sekuntum bunga yang mekar di taman hati
Lambang cinta yang abadi
Ku sunting dan ku belai rindu
Dikau jadi milikku

(Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)

BACK TO TOP

MESRA

Marilah sayang
Ku sambut mesra
Hatiku terharu
Bila bersama
Dengarlah laguku
Untukmu manja
Hiburkan hatimu
Lagu yang mesra
Betapa indahnya
Riang dan ria
Akulah penghibur
Kau yang ku puja

Dari mulanya
Tidak ku duga
Bersua mesra
Hanyalah laguku
Dapat ku beri
Kan jadi ingatan

Dikaulah harapan
Teman sejati
Menjelma impian
Kekasih hati
Kasihku berbunga
Cinta yang suci
Harapan nan indah
Menjelma kini

(Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)


BACK TO TOP
Diterbitkan : 1981 WEA Records Sdn Bhd

*Koleksi FATHIL HIDAYAT 2000*



BACK TO 'KOLEKSI ALBUM' PAGE
BACK TO HAYYAT'S JAMAL PAGE