Make your own free website on Tripod.com



'The Great Wall Of China'
"1 Jun 1997 merupakan tarikh keramat dalam hidupku!!!Pada hari itulah aku menjejakkan kakiku di 'The Great Wall Of China' bersama kedua ibu bapaku... Pepatah Cina ada mengatakan,'Takkan digelar wira seseorang itu selagi dia belum menjejakkan kaki di Tembok Besar'.Bagiku,aku cukup bertuah kerana berpeluang ke sana...Harapanku cuma satu! AKU INGIN KEMBALI KE SANA...!!!"


'Makkah & Madinah'
"Ketika menuntut di Tingkatan 1 pada awal tahun 1993,aku menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah & Kota Madinah Al-Munawwarah untuk menunaikan umrah bersama ibu bapaku.Itulah kali pertama aku mengunjungi negara yang terkenal dengan kekayaan petroleumnya,Arab Saudi.Kepuasan mengerjakan umrah membuatkan aku sekali lagi ke sana pada penghujung tahun 1997 sehingga awal tahun 1998.Bagiku,tiada tempat lain yang lebih meninggalkan kesan dalam jiwaku selepas mengunjunginya selain menghayati ibadat umrah di kedua-dua kota suci ini yang menjadi tuntutan kepada semua umat Islam..."


'Forbidden City & Tian An Men'
"Kedua-dua tempat penuh bersejarah ini adalah mercu tanda bandaraya Beijing! Melawat tempat-tempat ini mengingatkanku pada keagungan zaman pemerintahan pelbagai dinasti maharaja di China & kaitannya dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka...Ia merupakan pengalaman yang berguna & sukar untuk aku lupakan!!!"


'Haadyai & Songkhla Beach'
"Disember 1996 membawaku & keluargaku ke Thailand,Negara Gajah Putih! Walaupun aku tinggal di utara tanahair,namun aku belum pernah sampai ke sana sebelum itu. Kami menjejak peninggalan tamadun Islam di Pattani & Narathiwat sebelum menghabiskan masa membeli-belah di bandar Haadyai & Songkhla.Apa yang menarik,buat pertama kalinya aku melihat 'ikan duyung emas' di Songkhla Beach! Lagenda pantai itu khabarnya..."


'An Evening In Paris'
"Keindahan bandar Paris tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!!! Ketampanan & kejelitaan wajah warganya tidak dapat ditemui di mana-mana bandaraya di dunia...Namun,taraf hidup yang terlalu tinggi menyebabkan kita terpaksa berfikir masak-masak sebelum membeli apa-apa jua barangan kerana harganya yang hmmm...BOLEH TAHAN!!!Namun,berada di puncak Menara Eiffel mampu membuatkan kita lupa segala-galanya...!!!"


Klik Untuk Ke Laman PIDATO PIALA DI RAJA 1996
BACK TO MAIN PAGE