Make your own free website on Tripod.com

" Inilah 2 orang sahabatku yang paling lama kekal berkawan rapat denganku. Pendek kata,sejak KECIK lagi laa...Diaorang ni memang betul-betul tinggi! Tak pernah lagi aku jumpa 'kengkawan' setinggi mereka. Shukor Sanim @ Kot tu aku kenal dia masa Darjah 4 (1990)...Masa tu,Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Taman Uda,Alor Setar.Dia masuk acara 4X100m kot,tak silap aku,aku pula masuk acara lompat tinggi kat tepi trek padang sekolah tu.Kami kenal kat situ la pagi tu.Sebelum tu,dia bersekolah kat Jitra. Dia baru pindah ke sekolah aku tu...Ntah la dia ingat lagi ke tak pasal hari tu! Dari sekolah rendah ke menengah kami berkawan rapat sampai la ke hari ini walaupun dia dah belajar kat UiTM,Arau sekarang ni... Hasrul Adha @ Kudin tu lak lagi lama aku kenal dia.Sejak kami baru nak masuk tadika.Masing-masing baru 5 tahun.Lepas tu,kami pergi ke Taska Masjid Zahir,Alor Setar (1986) dengan satu bas!!! Masa kat sekolah rendah,dari Darjah 1 sampai Darjah 6 kami tak pernah sekelas.Tapi,memandangkan rumah masing-masing tak jauh, tak pernah la 'lost contact'.Cuma,lepas dia masuk MRSM Grik (1993-95) & Balik Pulau (1996),aku agak lama tak jumpa dia.Kat sini la dia dapat nickname 'Kudin'. Akhirnya,dia masuk Tingkatan 5 kat Kolej Sultan Abdul Hamid,sekolah aku la tu,baru kami kawan rapat balik.Sekarang ni,dia belajar kat UiTM,Pulau Pinang,kampus baru khabarnya... Kami bertiga punya la rapat,sampaikan tuisyen Add Maths pun kami tak join orang lain.Panggil cikgu tu datang rumah aku (Cikgu Ridzwan) & ajar kami bertiga (yang memang agak susah untuk diajar tu...Buat lawak yang banyak!) Untuk Kot & Adha,KAWAN MEMANG SENANG DICARI,SAHABAT MEMANG SUKAR DITEMUI!"


"Inilah gambar kelas aku masa Darjah 6 dulu (1991/92).Hmmm...Segelintir kawan-kawan aku tu sampaikan aku boleh terlupa nama diaorang terutamanya yang PEREMPUAN.Yang agak rapat dengan aku je yang aku boleh ingat nama diaorang.Apa-apa pun,kenangan semasa berkawan dengan diaorang memang sesuatu yang 'nostalgik' & punya sumbangan yang besar dalam mendewasakan aku...KALIAN ABADI DALAM INGATAN!"


"Sebelum SPM (1997),aku & member-member memang tak ingat dunia! Maklum la dah jadi senior kat sekolah.Gambar ni menunjukkan kami tengah 'enjoy sakan' masa jamuan Aidilfitri kat kelas kami,5 Science 1.Sayangnya,sekarang ni aku dah 'lost contact' dengan diaorang kecuali si Yoe tu je la...Itupun sebab kami sama-sama tinggal kat Lembah Klang sekarang ni.Aku kat Cyberjaya,dia kat Bangsar.Kalau boring-boring kat kampus,aku gi la kondo dia.Masa tu la,kami ingat-ingat balik kenangan lalu masa Form 5! Rindu sangat rasanya..."


"Semua ni 'kengkawan' aku kat Universiti Telekom,Bukit Beruang,Melaka Sesi 1998/99. Aku ni setahun belajar kat kampus Melaka sebelum berpindah ke kampus Cyberjaya sekarang. Gambar ni diambil semasa malam jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah No. 47,Jalan BBI 5, Taman Bukit Beruang Indah pada 5 Februari 1999.Buat Tarm,Poek,Armin,Kathy,E-Pi & Din, KORANG MEMANG BEST!!!"


"Ni la 'BBI Production Team'! Masa ni kitaorang berjaya dicalonkan ke malam pertandingan akhir kategori Best Experimental Video di Malaysian Video Awards '99 yang disiarkan di ntv7 pada 29 Mei 1999...Malam penganugerahan tu diadakan di National Arts Gallery,Kuala Lumpur yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim.Video pendek yang membawa tuah pada kitaorang tu tajuknya 'Biskut',mengisahkan seorang remaja (namanya Biskut) yang sering dibuli rakan-rakannya berazam untuk membuktikan yang dia bukanlah selemah yang disangkakan.Melalui satu perlawanan bola sepak yang diaturkan, dia akhirnya berjaya menewaskan pasukan yang diterajui oleh 'kepala samseng' yang mentertawakannya sebelum itu.Hehehe...Aku la yang memegang watak jahat tu!!! Jahat-jahat pun watak utama beb!Kira macam Arnold Schwarzenegger (Mr.Freeze) dalam filem 'Batman & Robin' la...(Gurau-gurau je...Takde la sehebat tu!)"


"Hafifi Zainuddin,semua orang panggil dia E-pi je...Dia ni member yang aku kenal sejak Minggu Orientasi Universiti Telekom,Melaka pada pertengahan 1998.Sejak tu,kami berkawan baik & selalu bersama dalam apa juga 'group' untuk menyiapkan 'assignment' atau 'presentation' subjek-subjek dalam Faculty of Media Arts & Sciences kat kampus.Dia orang Changkat Jering, Perak.Walaupun tak senegeri,kami pernah tengok perlawanan bola sepak kat Stadium Darulaman bersama masa dia datang rumah aku dulu! Hmmm...Gambar kat atas tu masa kami tengah 'jamming', dia main gitar & aku nyanyi lagu 'Mentera Semerah Padi' kat rumah bujang kami di Taman BBI, Melaka dulu! Hehe...Itu la bakat terpendam kami.....!!!!!"


Klik Untuk Ke Laman 'UMNO - Perjuangan Kita Belum Selesai'
BACK TO MAIN PAGE