Make your own free website on Tripod.com


DI MANA SENI

Cari cari ku mencari
Mencari di mana seni
Ku kira di desa ku kan temui jawapan
Ku kehampaan

Rantau rantau ku merantau
Merantau ke ibu kota
Yang ku temu hanya irama
Tari tanpa jiwa
Noda budaya

BRIDGE:
Tiap insan punya perasaan
Tahu menilaikan keindahan
Walau pandangan berbeza-beza
Masing masing punya citarasa

Tak semua juga tahu nilainya
Nampak cuma yang di depan mata
Tak perlu endah apa ertinya
Semuanya tiada harga

KORUS:
Di mana seni
Tak ku temui
Di mana seri
Harum kasturi
Balik lakaran
Tari nyanyian
Kehalusan ciptaan
Tak ke tepi warisan

Di mana seni
Seni yang asli
Di dalam diri
Insan insani
Pada yang muda
Seakan lupa
Mana asal mereka
Hati tertanya-tanya

Oh di mana seni


Lagu & Lirik : FATHIL HIDAYAT
*2000 Hakcipta Terpelihara*

Genre Muzik : Pop Etnik/'Joget Moden'

SETIA MENANTI

Kasih
Sedari dulu kau ku puja
Wajahmu bermain di mata
Tika kau tak sedarinya

Masih
Ku tatapi gambarmu itu
Dan ku kenangi kisah kita
Pertemuan tak ku duga

Kau bawa sinar bahagia
Hanya untuk sementara
Jambangan cintaku
Layu tak bermaya

BRIDGE:
Mengapakah kau sentuhi khayalan mimpi
Mengapa kau tebarkan harapan di hati
Dan berlalu tinggalkan ku yang tak mengerti
Ku tak pasti
Sayang

Di manakah kesetiaan yang ku harapkan
Di manakah kemesraan yang ku dambakan
Apakah aku harus menanti
Mengharapkan kasihmu yang tak pasti

Oh Tuhan
Berikan kekuatan
Dan rahmatMu padaku
Untukku menyusuri hidup ini

KORUS:
Hingga ke saat ini
Ku setia menanti
Jawapanmu yang suci
Dari nurani

Namun ku menyedari
Siapa diriku ini
Hanya menabur janji
Tak memadai

Ku masih di sini
Setia menanti


Lagu & Lirik : FATHIL HIDAYAT
*2000 Hakcipta Terpelihara*

Genre Muzik : Balada

DI KAMAR RINDU

Di kamar rindu
Tak dapat ku memejamkan mataku
Tak ku duga malam yang indah
Kau muramkannya dengan kata pisah

Di kamar rindu
Masih terngiang-ngiang ucapanmu
Yang menikam sanubariku
Takkah kau fikirkan perasaanku

BRIDGE:
Detik-detik indah pun berlalu
Harapanku hampa dalam sekelip mata
Bila ku kenangkan nasibku
Di kamar rindu

KORUS:
Itukah keputusanmu
Sukar untuk ku terima
Setelah harapan terbina
Tergamak kau melukaiku
Oh pilu di kamar rindu


Lagu & Lirik : FATHIL HIDAYAT
*2000 Hakcipta Terpelihara*

Genre Muzik : Balada


PENTAS KEHIDUPAN

Di dalam kehidupan ini
Mudahnya kita tertewas
Walau kukuh perisai keimanan diri
Akal melawan nafsu
Tak kenal masa,detik dan waktu
Kita terusan diburu dan memburu

Kerapkali kita kecundang
Dengan pilihan sendiri
Jalan yang salah itu yang diidam diimpi
Kita insan biasa
Lemas dengan noda dan dosa
Namun hidup kan dikemudi ke akhirnya

BRIDGE:
Kehidupan umpama lautan
Andai leka pasti kelemasan
Yang pasti gagah dihormati
Yang lemah akan ke tepi

KORUS:
Resam pentas kehidupan
Penuh dengan perjuangan
Duhai teman hulurkan tangan
Sama ke puncak harapan

Namun begitu masih ada
Tak syukuri pemberianNya
Iri hati dengki membenci
Akhirnya merana sendiri

Di pentas kehidupan ini

Lagu & Lirik : FATHIL HIDAYAT
*2000 Hakcipta Terpelihara*

Genre Muzik : Pop/Balada

Ke Laman iLHAMrASAkU